Tuesday, June 16, 2009

BOSAN.


Jerawat tak nak banyak pulak. Hahaha. pegi la mati jerawat aku banyak. La h aku tak susah kan sapa sapa kot. Tak suka tak yah laa pandang muka kau kan. Haha. Alah da remaja kan. Mesti laa jerawat. Tak kan nk jambu memanjang. Haha. Bosan weyh. TIDUR MARI !!

7ELEVEN

Rinduu nak keje 7eleven weyh. Hahaha. Pagi pagi minum milo dulu. Rindu kak tina, kak ain kak ziera, taufiq, nazirul, tia, fadli, adib yang gila tu. Alah.

lah sakit pulak.

Yee haa. Haha. Semalam sakit gila kot. Rasa nk mati daa. Di ujung nyawa je. Tp nasib laa tuhan sayang kan aku lagi. Haha. Masih berkesempatan untuk bernafas. Nasib afiq masuk kerja awal so bole laa die cover aku kan yang tiba tibanya susah nak bernafas. Dada sakit. Perut semacam. Ditambah pula dengan pening pening yang menyakitkan. Hahaha. Macam kelakar pun ade. Aku bungkus badan ni dengan jaket sapa sapa entah. Balun je. Janji dapat kurangkan kesejukan yang dialami. Semalam juga aku balik awal. Sah memang tak larat. Balik balik aku terus membongkang kan diri. Tak sedar da 8 lebih. Muka lesu sehingga membimbangkan mak. Mak ajak ke klinik tapi aku tak nak. Mungkin aku takut sekiranya doktor memberitahu aku berpenyakit. Hahaha. Tak mustahil kan. Lagi lagi aku da bnyak kali sakit kepala dan dada. Sesak nafas tu kadang kadang. Arini aku bangun lambat yang teramat. Lagi bape minit je nk pukul 9. Aku kuat kan laa diri pegi mandi dan ke kerja jugak. Tak nak laa layan sangat sakit ni. Nanti lagi sakit ade. Manja manja kan diri tu tak elok. Lagipun kalau aku tak kerja sapa nk kerja kan?? Kesian ehsan semua. Tak nak susah kan dorang. Da banyak die tolong aku. Hee. Arini aku bertambah ok. Sakit dada ada lagi tapi da kurang sikit. Mungkin ubat tahan sakit yang aku makan. Babai:)